KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 23 MEI 2020 PEMANDU TEKSI PERLU MEMILIKI KAD PEMANDU YANG SAH
KENYATAAN MEDIA
MENTERI PENGANGKUTAN
23 MEI 2020
PEMANDU TEKSI PERLU MEMILIKI KAD PEMANDU YANG SAH
Wabak COVID-19 telah menjejaskan pengusaha sektor pengangkutan awam apabila jumlah penumpang menunjukkan penurunan ketara susulan pergerakan terhad orang ramai di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 lalu. Pemandu-pemandu teksi adalah antara kumpulan yang paling terjejas akibat krisis kesihatan ini.
Kerajaan telah mengumumkan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan peruntukan sejumlah RM18 juta bagi Fasa Pertama melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Mac 2020. Bantuan yang diberikan adalah bagi meringankan beban pemandu teksi yang terjejas pendapatan disebabkan pelaksanaan PKP yang kini dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Seramai 29,447 pemandu teksi yang memiliki Kad Pemandu sah yang aktif semasa tempoh PKP telah menerima manfaat bantuan tunai RM600 yang diuruskan pembayarannya oleh Kementerian Kewangan bermula 2 April 2020 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Interbank GIRO (IBG).
Terdapat banyak maklum balas menunjukkan masih ada yang belum menerima bantuan tunai RM600 ini kerana pelbagai sebab. Ini termasuk kira-kira 30,000 pemandu teksi yang tidak dapat menerima manfaat berikutan Kad Pemandu mereka sudah tamat tempoh sah dan melanggar Pekeliling SPAD Bilangan 4 Tahun 2013 – Garis Panduan Permohonan Kad Pemandu dan Pengecualian Sementara Bayaran Yuran Permohonan telah menggariskan pemandu di bawah Lesen Pengendali kenderaan perkhidmatan awam kelas teksi yang merupakan tanggungjawab wajib demi keselamatan pengguna jalan raya. Ini termasuk mereka yang Kad Pemandunya telah luput sebelum 18 Mac 2020.
Oleh yang demikian, bagi memastikan 30,000 pemandu teksi yang Kad Pemandunya telah tamat tempoh dapat menikmati manfaat sama, Kerajaan bersetuju membenarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah Kementerian Pengangkutan untuk memperbaharui kad mereka dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan selewat-lewatnya pada 1 Julai 2020. APAD seterusnya akan membantu para pemandu untuk tindakan susulan bagi mendapatkan bayaran tunai RM600.
Bagi pemandu teksi yang tidak mempunyai akaun BSN, mereka perlu mengemaskini butiran akaun bank mereka melalui semakprihatin.treasury.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad) mereka. Manakala bagi pemandu yang mengalami masalah bankrap atau muflis, pemandu boleh merujuk terus kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri atau melayari portal BHEUU untuk tindakan lanjut.
Saya ingin mengingatkan kepada semua pengusaha pengangkutan awam termasuk pengusaha teksi supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menjalankan operasi tanpa dokumen yang sah.
Sentiasa mengutamakan keselamatan pemandu, penumpang dan pengguna yang lain termasuk pejalan kaki ketika berada di atas jalan raya. Dikesempatan ini, saya dan warga Kementerian Pengangkutan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh negara, maaf zahir dan batin.
DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
23 MEI 2020
……….
TAXI DRIVERS ARE URGED TO POSSESS VALID DRIVER’S CARD
The COVID-19 pandemic has hit operators of the public transport sector particularly hard due to low ridership and restricted movement of people under the Movement Control Order (MCO) since 18 March 2020. Understandably, taxi drivers are a significantly affected segment under the sector.
The Government had launched the PRIHATIN Economic Stimulus Package on 27 March 2020 which allocated RM18 million during Phase 1 for a one-off RM600 payment per applicant to allay the financial hardship of taxi drivers whose incomes have been drastically affected by MCO, which is now the Conditional MCO extended until 9 June 2020.
A total of 29,447 taxi drivers who possess a valid driver’s card (kad pemandu) during the MCO have received the RM600 benefit since it was released by the Ministry of Finance on 2 April 2020, which administered the fund through Bank Simpanan Nasional (BSN) and Interbank Giro (IBG) facilities.
Previously, there had been feedback that many have yet to receive the RM600 for various reasons. These include an estimated 30,000 taxi drivers who are unable to receive the payment due to having a lapsed driver’s card, which is a mandatory obligation to road users’ safety under SPAD Circular Bil. 4 (2013) for
public transport operator license holders. This includes drivers whose cards have lapsed before 18 March.
Therefore, to ensure that the 30,000 taxi drivers whose driver’s cards have expired are able to enjoy the same benefit, the Government had agreed to allow the Land Public Transport Agency (APAD), an agency under the Ministry to renew their cards, provided they submitted all necessary documents by 1 July 2020. APAD will further advise drivers with renewed driver’s cards of the next step to register for the RM600 payment.
For drivers without BSN accounts, they need to update their bank account details through semakprihatin.treasury.gov.my with their national identity card (MyKad) numbers. Drivers who are insolvent (bankrupt) can refer to the Legal Affairs Division (BHEUU) of the Prime Minister’s Department through their
website for further assistance.
I also take this opportunity to urge all public transport operators including taxi operators to comply with the relevant regulations of the day and not to operate without valid documents.
Always be responsible on the road and ensure the safety of drivers, passengers, and pedestrians at all times. I wish all a Selamat Hari Raya Aidilfitri and have a pleasant and safe holiday season.
DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MINISTER OF TRANSPORT MALAYSIA
23 MAY 2020