Sembilan termasuk enam warga emas ditahan main judi

06/02/2021 10:00 PM

BUKIT MERTAJAM, 6 Feb — Sembilan individu termasuk enam warga emas ditahan ketika sedang leka bermain judi secara terbuka dan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan pusat perniagaan makanan Pasar Awam Kota Permai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dan lima wanita yang kesemuanya berumur 50 hingga 68 tahun sedang leka bermain judi di meja makan medan selera tersebut.

“Serbuan itu hasil risikan dan intipan dijalankan polis, mereka yang ditahan bermain judi jenis ‘siam bang lak’ iaitu daun pakau di meja makan hadapan sebuah gerai makanan yang tidak dibuka di situ,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, polis turut merampas 52 keping kad daun pakau dan wang tunai dipercayai untuk perjudian itu sebanyak RM15,980 di atas meja makan tersebut.

Beliau berkata kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta turut dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan PKP.

Judi dalam talian : 28 orang ditahan – polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker