600 pekerja lapangan terbang di Israel diberi cuti tanpa gaji

600 pekerja lapangan terbang di Israel diberi cuti tanpa gaji

600 pekerja lapangan terbang di Israel diberi cuti tanpa gaji
FOTO fail menunjukkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion dekat Tel Aviv. FOTO AFP

Tel Aviv: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Israel, memutuskan untuk memberikan cuti tanpa gaji kepada 600 pekerjanya akibat trafik yang lengang di lapangan terbang itu, lapor media Israel.

Memetik laporan berkaitan situasi menunjukkan krisis ekonomi Israel semakin meruncing itu, The Palestine Chronicle melaporkan, keputusan berkenaan diambil selepas rundingan dengan jawatankuasa pekerja.

Ia selepas hampir semua syarikat penerbangan asing berhenti melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang Ben Gurion akibat perang, menurut laporan versi Bahasa Ibrani laman web Ynet News pada Isnin.



“Seramai 600 pekerja akan diletakkan dalam cuti tanpa gaji…

“Pihak berkuasa lapangan terbang Israel berharap bahawa perang tidak akan mempengaruhi fungsi lapangan terbang, tetapi harapan berbeza daripada realiti.


“Sumber industri berkata, keputusan untuk meletakkan pekerja dalam cuti tanpa gaji dibuat hanya dalam beberapa hari kebelakangan ini, setelah melihat jangkaan Lapangan Terbang Ben Gurion tidak akan kembali beroperasi seperti biasa pada bulan Januari juga,” laporan berita Ynet menyebut yang merujuk kepada sumber rasmi.

Pengerusi Jawatankuasa Pekerja, Pinchas Idan memberitahu Ynet, dia berdoa supaya perang berakhir secepat mungkin dan pekerjaan akan kembali pulih sepenuhnya.



Dalam pada itu, portal Globe melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel mempunyai 4,600 pekerja di mana 1,000 daripadanya dipanggil sebagai tentera simpanan.

Ia tidak termasuk mereka yang menjalankan tugas sebagai tentera simpanan dan kira-kira 2,000 pekerja hanya akan bekerja untuk 75 peratus daripada kerja mereka.

Permintaan global untuk perjalanan ke Israel menurun secara signifikan sejak pelancaran operasi Taufan Al-Aqsa, dan perang Israel di Gaza.

Kebanyakan syarikat antarabangsa menangguhkan penerbangan ke dan dari lapangan terbang Israel.

Menurut portal sama, pada masa ini hanya kira-kira 100 penerbangan menggunakan lapangan terbang Ben Gurion, setiap hari, berbanding 500 penerbangan sehari sebelum bermulanya perang Israel-Hamas.

600 pekerja lapangan terbang di Israel diberi cuti tanpa gaji

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker