“Tiada krisis seperti dihebohkan” – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan

 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan tiada krisis berlaku dalam parti itu seperti yang dihebohkan.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berperanan menjaga kerajaan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menjaga parti.

Tegasnya lagi, UMNO juga tidak akan berpecah disebabkan isu bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Presiden #UMNO ulangi dlm (dalam) Mesyuarat MKT pd (pada) 24/6/22 bahawa calon PM / “poster boy” utk (untuk) #PRU15 adalah DSIS @IsmailSabri60.

“Tiada krisis spt (seperti) yg (yang) dihebohkan. PM jaga kjaan (kerajaan) & DS @DrZahidHamidi jaga parti. UMNO tidak akan berpecah sbb (sebab) isu DS Tajuddin. Biarlah beliau tumpu sbg (sebagai) Duta Besar,” tulisnya dalam hantaran di Twitter hari ini.

Hantarannya merujuk laporan tindakan Tajuddin yang membuat pelbagai dakwaan terhadap Presiden UMNO kelmarin, yang disifatkan pemimpin UMNO hanya mengundang kemelut dalam parti.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataanya semalam, berkata tindakan Tajuddin itu juga hanya akan menjadi peluru kepada pihak lawan bagi menyerang UMNO.

Tajuddin dalam pendedahannya kelmarin mendakwa Ahmad Zahid tidak layak memimpin parti dan perlu undur diri secara terhormat.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang digugurkan jawatan itu Selasa lalu menerusi satu surat mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT, sebaliknya adalah kehendak Ahmad Zahid sendiri.

Tajuddin turut mendedahkan Ahmad Zahid mengetuai bagi mendatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker