Ibarat tempah pusara di jalan raya

Ibarat tempah pusara di jalan raya

Ibarat tempah pusara di jalan raya
Zulkarnain menunjukkan antara motosikal yang disita dalam operasi JPJ kerana brek belakang dibuang

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan penguatkuasaan dalam usaha ‘memburu’ motosikal yang tidak dilengkapi dengan brek belakang yang dikatakan trend penunggang remaja masa kini.

‘Trend’ motosikal tanpa brek itu dikesan menerusi Op Tahun Baharu Cina 2023 pada Januari lalu selepas menahan sebanyak 39 buah motosikal dan ada antaranya tidak dilengkapi dengan brek belakang.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin, berkata pihaknya mendapati motosikal tidak dilengkapi brek belakang dikatakan menjadi ‘trend’ terkini golongan remaja tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

“Saya tidak tahu apa tujuan mereka tidak memasang brek belakang tetapi ia dikatakan menjadi ‘trend’ remaja yang kini dikesan semakin berleluasa.

“Risiko kemalangan sangat tinggi jika kenderaan tidak dilengkapi dengan sistem brek dan ia turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya di sini.

Zulkarnain berkata, setiap motosikal yang ditahan itu dikesan melakukan sekurang-kurangnya dua hingga lima kesalahan membabitkan pengubahsuian teknikal dan fizikal kenderaan, tidak memiliki brek belakang, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, tiada cermin sisi, ekzos bising dan penggunaan tayar tidak menepati saiz serta tiada penutup rantai.

Zulkarnain berkata, pemilik motosikal terbabit di beri tempoh 14 hari bagi mengembalikan semula fizikal kenderaan terbabit dalam keadaan asal sebelum dibenarkan menuntut semula kenderaan berkenaan.

“Jika pemilik tidak membuat tuntutan dalam tempoh tiga bulan, kenderaan terbabit akan dilucut hak sebelum menunggu tempoh untuk dilelong,” katanya.

Katanya, pada Op TBC 2023 yang diadakan selama 10 hari bermula 18 Januari lalu, pihaknya memeriksa sebanyak 3,803 kenderaan dan 506 daripada kenderaan terbabit iaitu kereta sebanyak 185 buah kereta, kenderaan barangan (161), motosikal (154), lain-lain kenderaan (lima) dan sebuah bas dikenakan tindakan membabitkan pelbagai kesalahan.

“Penggunaan cermin gelap adalah kesalahan paling tinggi dikesan iaitu sebanyak 225 kes diikuti tiada lesen memandu (185 kes), cukai jalan tamat tempoh (184 kes), tiada insuran dan kesalahan membabitkan nombor pendaftaran masing-masing 125 dan 97 kes.

“Sepanjang 10 hari operasi, Kita mengeluarkan sebanyak 799 saman dan 554 lain-lain notis membabitkan 1,186 kesalahan,” katanya.

Menurutnya, kesalahan lain yang dikesan adalah membawa muatan bahaya dan berlebihan masing-masing sebanyak 25 dan 18 kes, tidak memakai topi keledar (16 kes), gagal patuh lampu isyarat (5 kes), memotong di garisan berkembar (4 kes) dan satu kes bagi kesalahan memotong di sebelah kiri secara berbahaya.

 

Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Ibarat tempah pusara di jalan raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker