Antara Politik Khidmat Dengan Politik Hasutan, Yang Mana Jadi Pilihan?

Antara Politik Khidmat Dengan Politik Hasutan, Yang Mana Jadi Pilihan?

Antara Politik Khidmat Dengan Politik Hasutan, Yang Mana Jadi Pilihan?

16 Julai 2019, dunia politik Malaysia memasuki era baharu apabila Dewan Rakyat meluluskan usul Undi18 dengan majoriti melebihi 2/3 ahli Dewan Rakyat.

Dengan kelulusan RUU Perlembagaan Pindaan 2019, maka had umur pengundi yang layak mengundi telah diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Menurut Dr Sofia Hayati Yusoff, Laporan Digital 2018 menyatakan Malaysia berada pada tangga ke-9 pengguna Internet paling tinggi dunia.

Dakwa beliau, ini adalah bukti bahawa pengundi muda adalah golongan bermaklumat dan mampu membuat pilihan yang tepat ketika mengundi.

Harus juga diingatkan, selain dari remaja yang suka melayari internet, golongan dewasa juga tidak ketinggalan melayari internet.

Dalam artikata lain, setiap maklumat yang diperolehi melalui sosial media atau internet, bukan hanya akan mempengaruhi golongan muda sahaja.

Isunya di sini adalah, berapa ramaikah antara pelayar internet yang akan melakukan semakan ke atas maklumat yang diperolehi melalui sosial media?

Sudah Bersediakah Rakyat Malaysia

Tujuan pilihanraya diadakan adalah untuk memilih pemimpin yang akan mewakili kita untuk menyuarakan suara rakyat ke peringkat legislatif.

Ianya akan dibahaskan dan sekiranya diluluskan, maka dasar akan digubal supaya pihak eksekutif melaksanakan tanggungjawab untuk membantu rakyat.

Sudah menjadi amalan setiap calon atau parti yang bertanding, akan berkempen dengan pelbagai cara untuk memikat hati pengundi.

Ada calon yang menggunakan pendekatan yang positif dengan membentangkan manifesto sebagai akujanji perkhidmatan yang bakal diberikan.

Pencapaian di masa lalu juga akan diketengahkan sebagai bukti komitmen yang telah diberikan.

Manakala ada calon pula yang akan melakukan serangan peribadi dengan menabur fitnah dan kebencian terhadap lawan mereka.

Ianya terpaksa dilakukan kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai halatuju yang jelas.

Persoalannya, pendekatan yang mana akan lebih mempengaruhi pengundi yang akan membuat keputusan akhir.

Dari keputusan PRU 15 dan juga PRN 6 negeri, pendekatan serangan peribadi dan fitnah sebenarnya lebih digemari pengundi.

Apabila terpengaruh dengan fitnah dan hasutan, pertimbangan yang rasional serta fakta yang terbentang di hadapan mata akan diketepikan.

Akibatnya, maka pemimpin yang tidak mempunyai halatuju yang jelas akan diangkat sebagai pemimpin.

Pernahkah kita tanya kepada diri kita sendiri, di negeri yang ditadbir oleh pemimpin tersebut, bagaimanakah keadaan negeri dan rakyatnya?

Sebenarnya, budaya yang sedang berlaku ini adalah sangat membimbangkan.

Sekiranya dibiarkan, maka negara akan dibarisi oleh pemimpin yang tidak mempunyai halatuju yang jelas.

Tetapi sekadar beretorik dan menabur fitnah semata-mata kerana mahu mendapatkan kuasa.

Apakah nasib anak cucu kita nanti?

 

Antara Politik Khidmat Dengan Politik Hasutan, Yang Mana Jadi Pilihan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker