Perdana Menteri laung takbir raya bersama Jemaah Menteri, wakil petugas barisan hadapan pada malam raya

KUALA LUMPUR, 23 MeiĀ — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai Barisan Jemaah Menteri dan wakil-wakil petugas barisan hadapan, melaungkan takbir raya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Rakaman takbir raya berdurasi 4 minit 52 saat itu, disiarkan menerusi laman media sosial Facebook ‘Muhyiddin Yassin’ dan stesen-stesen televisyen pada malam ini.

Antara menteri-menteri kanan yang turut melaungkan takbir raya adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.



Selain itu, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut bersama melaungkan takbir raya tersebut.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari esok (Ahad), 24 Mei.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button