Perak teruskan rentak cemerlang

Perak teruskan rentak cemerlang

Perak teruskan rentak cemerlang
Pemain Perak FC, Luka Milunovic menanduk bola ke arah gawang Penang FC sambil dihalang oleh Pemain Penang FC, Ahmad Haziq di kejuaraan Liga Super di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. – Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perak meneruskan langkah cemerlang apabila membenam Penang FC 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak sebentar tadi.

Kemenangan keempat itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan anak buah Yusri Che Lah yang kekal di tangga ke-11 dengan 16 mata namun menyelamatkan mereka daripada penyingkiran.

Tuan rumah membuka jaringan hasil jaringan kapten mereka, Luciano Guaycochea yang berjaya
melencungkan bola ke dalam gawang bola susulan hantaran Wan Zack Haikal pada minit kelima.



Wan Zack kemudian mencetak nama selaku penjaring apabila membuat penyudah cantik pada minit ke-23.

Pasukan pelawat pula cuba bangkit menerusi jaringan Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar pada minit ke-74, namun pasukan tuan rumah terus menambah jaringan seminit kemudian sekali gus mengesahkan kemenangan mereka.- KOSMO! ONLINE

Perak teruskan rentak cemerlang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker