Klopp buat kejutan, umum mahu letak jawatan

Oleh – Syeikh Baran


Klopp buat kejutan, umum mahu letak jawatan
Klopp bersama pemain ketika meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara. – REUTERS

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp membuat kejutan apabila mengumumkan bakal meninggalkan The Reds pada penghujung musim ini.

Pengendali dari Jerman itu mengambil alih tugas di Anfield pada Oktober 2015 tetapi kini dia membuat keputusan untuk menamatkan kariernya di Liverpool.

Klopp menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara bersama Reds dan kini mendahului carta EPL.



Namun Klopp mendedahkan dia kini semakin kehilangan tenaga dan tidak mampu meneruskan tugas sebagai pengurus tahun demi tahun.

Klopp mendedahkan keputusan meletakkan jawatannya dalam temubual penuh emosi hari ini di mana dia berkongsi cintanya kepada kelab, penyokong dan bandar Liverpool.

“Saya boleh faham ramai terkejut ketika ini, apabila anda mendengarnya kali pertama tetapi saya boleh menjelaskannya atau sekurang-kurang berusaha menjelaskannya.

“Saya cintakan semuanya di kelab ini, bandar dan penyokong. Saya sukakan pasukan ini serta petugasnya. Tapi saya masih perlu membuat keputusan itu kerana ia sesuatu perlu saya lakukan.



“Boleh dikatakan, saya kehilangan tenaga. Saya tak punyai masalah sekarang. Saya tahu lambat laun saya perlu umumkan. Saya tahu saya tak boleh melakukan tugas ini sekali lagi, lagi dan lagi.

“Selepas bertahun-tahun kami bersama mengharungi suka duka, rasa hormat dan sayang terus bersama anda dan itulah hakikatnya,” kata Klopp.

Sebelum ini Klopp memberitahu pemilik Liverpool mengenai hasratnya meletak jawatan pada musim panas lalu. – AGENSI

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker