10 Hari Terperangkap Bersama Akibat Covid-19, Pasangan Ini Akhirnya Berkahwin

Pasangan kekasih di China akhirnya menemui jodoh mereka selepas mengambil keputusan untuk berkahwin selepas berlaku insiden ‘terperangkap’ di dalam sebuah pangsapuri selama 10 hari akibat perintah berkurung kerana Covid-19.

Janji untuk ‘dating’ buat pertama kali

Walaupun identiti pasangan itu tidak didedahkan, namun kisah mereka mendapat perhatian netizen di China selepas dikongsikan kepada umum pada hujung tahun lalu.

Difahamkan, lelaki tersebut melawat wanita berkenaan di rumahnya yang terletak di Hainan selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk keluar bertemu janji pada Ogos lalu.

Namun, pasangan itu terpaksa menurut perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang melaksanakan perintah berkurung susulan peningkatan kes Covid-19 di China. Disebabkan itu juga, mereka berdua ‘terperangkap’ selama 10 hari tempoh kuarantin di rumah wanita berkenaan.

Rupanya alumni sekolah

Sepanjang tempoh 10 hari itu, kedua-dua mereka mengambil peluang untuk saling mengenali hati budi masing-masing dan ternyata kedua-duanya merupakan alumni sekolah yang sama. Malah, mereka pernah berjumpa dua tahun sebelum itu.

Sebaik sahaja tamat tempoh kuarantin yang ditetapkan, pasangan ini mula menyedari bahawa mereka saling mencintai. Mereka juga akui sedih kerana perlu berjauhan dan menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

Mereka akhirnya mendaftarkan ikatan perkahwinan pada 26 Disember tahun lalu selepas mendapat kata putus bersama.

Sumber: South China Morning Post

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker