PAGAR BERDURI TIDAK HALANG KASIH SEORANG AYAH
Lemang Lambang Kasih Seorang Ayah Kepada Anak
Dalam menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seorang ayah mengikut arahan kerajaan. Oleh kerana sempadan Negeri Perak dan Selangor telah dipasangkan kawat berduri, beliau hanya mampu menyerahkan lemang sebagai tanda kasih kepada anaknya.
Video berkenaan jelas menampakkan kesedihan dan rindu seorang anak kepada ayah apabila hanya mampu menyentuh pipi ayahnya. Klip video berkenaan menggamit kesayuan perantau yang tidak dapat beraya bersama keluarga bagi mengelakkan wabak covid19 menular.