PDRM FC juara Piala Cabaran 2023

PDRM FC juara Piala Cabaran 2023

PDRM FC juara Piala Cabaran 2023
Barisan pemain PDRM FC menjulang trofi Piala Cabaran pada aksi final di Stadium Negeri, Kuching malam ini. – Foto ihsan PDRM FC

PETALING JAYA – Skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) sah muncul juara Piala Cabaran buat kali pertama selepas menewaskan Kuching City 4-1 secara agregat pada aksi final kedua di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Cops dilihat turun tanpa sebarang tekanan memandangkan sudah memiliki kelebihan tiga gol hasil kemenangan 3-0 yang diraih pada final pertama di Petaling Jaya, Rabu lepas.

Namun, skuad tuan rumah kendalian Aidil Sharin Sahak dilihat lebih mengganas apabila meraih gol menerusi rembatan deras Petrus Shitembi pada minit ke-32 untuk merapat defisit jaringan.



Bersambung pada babak kedua, giliran PDRM FC untuk memberi asakan kepada The Cats dan berjaya meledak hasil jaringan pemain import, Uche Agba pada minit ke-56 daripada luar kotak penalti.

Jaringan tersebut mematahkan semangat The Cats dalam usaha melakukan kebangkitan luar biasa dengan keputusan seri 1-1 kekal sehingga wisel penamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?


PDRM yang dikendalikan oleh Datuk Ahmad Yunus Alif berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa sebarang trofi selepas kali terakhir menjulang Liga Premier edisi 2014.

Ini adalah edisi ketiga Piala Cabaran sejak diperkenalkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada 2018 dengan pasukan Terengganu FC II bergelar juara pertama manakala Johor Darul Ta’zim II menang edisi 2019.



Piala Cabaran tidak diadakan pada edisi 2020, 2021 dan 2022 kerana pandemik Covid-19. – KOSMO! ONLINE

PDRM FC juara Piala Cabaran 2023

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker