Sejauh Mana Ahli UMNO Menghargai Pengorbanan DS Najib?

Sejauh Mana Ahli UMNO Menghargai Pengorbanan DS Najib?

Sejauh Mana Ahli UMNO Menghargai Pengorbanan DS Najib?

Penulis masih ingat dalam satu program soal jawab bersama DS Najib pada tahun 2018 yang diadakan di salah satu venue di ibukota.

Ketika itu UMNO/BN baru menerima kekalahan buat kali pertama dalam sejarah parti politik tersebut.

DS Najib ditanya oleh salah seorang hadirin, adakah selepas UMNO ditolak oleh rakyat, DS Najib akan menubuhkan satu parti baharu?

Dengan tenang, tegas dan yakin, DS Najib menjawab:

“Walau direndam di dalam air, In Sya Allah, saya akan tetap bersama UMNO”.

“Walau dicincang dan dihiris tubuh saya, darah yang mengalir keluar, In Sya Allah, adalah darah UMNO”.

Ketika itu, DS Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO, jawatan beliau di dalam UMNO hanyalah sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan, Pahang.

Penulis terkesima mendengar jawapan dari DS Najib.

Bagi penulis, jawapan yang diberikan oleh DS Najib, jelas memberitahu betapa sayangnya beliau kepada parti keramat orang Melayu ini.

Jawapan itu juga memberitahu kita, DS Najib sanggup berkorban apa sahaja demi kesetiaan dan kecintaan beliau kepada parti dan ahli UMNO.

Dan ternyata kata-kata itu bukanlah sekadar retorik politik yang kosong, tetapi telah beliau buktikan di dalam 7 pilihanraya kecil dan 2 pilihanraya negeri.

Apabila beliau menghadapi pendakwaan bermotifkan politik, beliau dengan tegas berkata:

“Segala-galanya akan saya tanggung sendiri dan saya tidak mahu membabitkan parti atau ahli UMNO dalam kes saya”.

Dan sekali lagi beliau buktikan bahawa kata-kata beliau itu bukanlah sekadar retorik politik yang kosong.

Sepanjang 4 tahun setengah beliau turun naik mahkamah, tidak pernah ada gesaan dari beliau supaya penyokong beliau berhimpun beramai-ramai.

Itulah DS Najib.

Sejauh Mana Pengorbanan Beliau Di Hargai?

Penulis merasa agak terkejut apabila mendapat tahu beberapa petisyen atas talian untuk memohon YDP Agong memberikan pengampunan kepada DS Najib mendapat respon yang sangat dingin.

Sudah hampir seminggu petisyen itu dilancarkan, jumlah tandatangan yang terkumpul hanyalah sekitar 30,000 orang.

Sekiranya diandaikan, semua yang menandatangani petisyen tersebut adalah ahli UMNO, ini bermakna hanya 1% ahli UMNO yang menandatanganinya.

Apa sudah jadi dengan ahli UMNO yang dikatakan berjumlah 3.2 juta orang.

Keadaan ini menimbulkan sindiran dari musuh politik UMNO.

Mereka persoalkan kesahihan jumlah keahlian UMNO yang dikatakan seramai 3.2 juta orang.

Ada juga sindiran yang mengatakan, 99% peratus ahli UMNO mahu DS Najib terus dipenjarakan.

Tidak kurang pula mereka yang berkata, 99% ahli UMNO percaya bahawa DS Najib sememangnya melakukan kesalahan.

Apa Juga Alasan, Fakta Tidak Menipu

Segala sindiran yang mereka keluarkan adalah berdasarkan kepada fakta dan fakta tidak pernah menipu.

Cuma asbab kepada fakta sahaja yang diputarbelitkan.

Mereka berbangga dengan petisyen yang dilancarkan BERSIH yang dikatakan sudah mengumpul lebih 150,000 tandatangan.

Realitinya, petisyen yang dilancarkan oleh BERSIH sudah berusia lebih satu tahun.

Manakala petisyen yang dilancarkan oleh NGO yang menyokong pengampunan cuma berusia seminggu.

Namun bagi penulis, itu bukanlah alasan, walau pun ianya adalah kenyataan.

Ahli UMNO Perlu Lebih Peka Dalam Menghargai Pemimpin

Ada juga yang memberikan hujah, kononnya kerana petisyen yang dilancarkan oleh NGO perlu ‘chip in’ duit untuk diambilkira.

Bukankah ada pilihan, sama ada kita ‘chip in’ duit atau kita ‘share’ sekurang-kurangnya sebanyak 5 kali.

Jadi, kalau keberatan untuk ‘chip in’ duit, kiat boleh ‘share’ supaya tandatangan kita diambilkira.

Apa masalahnya?

Masalahnya adalah kerana ahli UMNO sendiri tidak peka untuk membela nasib pemimpin mereka yang dizalimi.

Cakap berdegar-degar di laman media sosial, kononnya bersolidariti bersama DS Najib, bebaskan DS Najib dari kezaliman dan sebagainya.

Tapi bila dituntut untuk menandatangani petisyen yang cuma mengambil masa tidak sampai 5 minit, ahli UMNO memandang remeh.

Sedangkan yang sedang diperjuangkan itu adalah nasib pemimpin mereka sendiri.

Sayangkan anak, tangan-tangankan.

Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.

Adakah sayangkan pemimpin, hanya simpan di hati, begitukah?

Berubahlah wahai ahli UMNO.

p/s: bagi yang belum tandatangan petisyen tersebut boleh lakukannya sekarang di sini:

https://www.change.org/p/bebaskan-najib-razak-melalui-pengampunan-diraja?fbclid=IwAR1s7DaTvvCvAqs4WVpgQHfpJ7JWnCvryxuV4JTMaR3K7UmWz6PQhHgtT80

 

Sejauh Mana Ahli UMNO Menghargai Pengorbanan DS Najib?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker