Jualan kenderaan baharu merosot

Jualan kenderaan baharu merosot

Jualan kenderaan baharu merosot
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Bagaimanapun, persatuan itu menyatakan jumlah volum industri (TIV) pada Mac adalah 10 peratus lebih tinggi daripada Februari 2024 iaitu 64,290 unit. “Ini disebabkan syarikat terdesak untuk penghantaran memandangkan tahun kewangan mereka berakhir pada 31 Mac 2024 selain kempen promosi musim perayaan Hari Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejumlah 64,760 kenderaan penumpang (PV) telah dijual pada Mac, jatuh sembilan peratus berbanding 70,490 unit yang dijual pada Februari 2024 manakala jualan kenderaan komersial (CV) menurun sebanyak 21 peratus kepada 6,292 unit daripada 7,941 unit.



Bagi jumlah dagangan jualan tahun sehingga kini bagi Mac 2024, ia meningkat lima peratus kepada 202,245 unit berbanding 192,615 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada 2023. Ini merangkumi 184,994 unit PV (naik lapan peratus) dan 17,251 unit CV (merosot 16 peratus), katanya.Dari segi pengeluaran, MAA berkata 66,923 kenderaan telah dikeluarkan pada Mac 2024, rendah sebanyak 12 peratus daripada 76,069 unit yang disaksikan semasa Mac tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 63,778 unit adalah PV, turun 11 peratus daripada 71,731 unit pada bulan yang sama tahun sebelum ini, manakala baki 3,145 unit adalah CV (merosot 28 peratus) berbanding 4,338 unit sebelumnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh




Dari tahun sehingga Mac 2024, sebanyak 210,431 unit telah dikeluarkan iaitu enam peratus lebih tinggi berbanding 198,394 unit yang dihasilkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ini termasuk 199,199 unit PV (naik tujuh peratus) daripada tempoh yang sama tahun lepas manakala baki 11,232 (turun lapan peratus) adalah CV.

Mengenai tinjauan untuk April 2024, MAA menjangkakan jualan agak lemah berbanding Mac 2024 disebabkan bulan bekerja yang lebih pendek susulan cuti perayaan Hari Raya.

 



Jualan kenderaan baharu merosot

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button