Lelaki ditahan kes ragut beg jiran

Lelaki ditahan kes ragut beg jiran

Lelaki ditahan kes ragut beg jiran
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah (kanan) menunjukkan gambar suspek dan motosikal serta pakaian yang digunakan dalam kejadian kes ragut di Labis. NSTP/Ahmad Ismail

SEGAMAT: Seorang lelaki ditahan kira-kira lapan jam selepas dipercayai meragut beg tangan jirannya, dalam kejadian di Taman Sri Emas, Labis dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, wanita berusia 29 tahun yang juga jururawat sedang berjalan kaki berhampiran rumahnya sebelum didatangi suspek berusia lingkungan 30-an yang menunggang motosikal Honda EX 5 sebelum meragut beg tangan mangsa.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata bertindak atas maklumat, pada jam 2.30 petang hari sama, polis menahan suspek di rumahnya yang terletak beberapa meter sahaja daripada rumah mangsa di taman yang sama.

“Suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan dua rekod jenayah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini hari ini.

Ahmad Zamry berkata, suspek disyaki terbabit dalam kes ragut beg tangan mangsa mengandungi wang tunai RM30 dan set kunci kawalan jauh pintu sebuah klinik.

Lelaki ditahan kes ragut beg jiran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker