Anggota RELA maut dibelasah dua beradik

Anggota RELA maut dibelasah dua beradik
Gambar hiasan

Anggota RELA maut dibelasah dua beradik

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan, manakala adiknya diburu kerana disyaki memukul seorang jiran mereka dengan topi keledar dan sebatang kayu sehingga mati di sebuah flat di Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Seorang jiran mangsa melaporkan kejadian itu pada jam 9.15 malam dan polis yang bergegas ke lokasi mendapati mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan rumahnya.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh sepasukan pegawai perubatan yang turut hadir ke lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata mangsa seorang lelaki berusia 45 tahun bertugas sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sepenuh masa.

“Perbalahan dalam lif itu berlarutan dan sebaik lif berhenti di tingkat kediaman mangsa, suspek terus mengejar mangsa sehingga ke hadapan rumah dan memukulnya sebelum datang seorang lagi suspek turut memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Hasil siasatan lanjut, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di satu lokasi di Kota Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Soal siasat ke atasnya mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu bersama adik lelakinya berusia 24 tahun yang kini masih bebas,” katanya.



Sehubungan itu, katanya, beliau memohon kerjasama orang awam menjejaki suspek yang dikenali sebagai R Magendran, dari di A-16-17 Blok A (Melur), Pelangi Damansara, Persiaran Surian, Petaling Jaya, Selangor.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571.

Mohamad Fakhruddin berkata, suspek pertama yang ditahan kini direman enam hari hingga 14 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Anggota RELA maut dibelasah dua beradik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker