Klopp harap Liverpool kekal rentak kemenangan

LIVERPOOL: Liverpool akan melayan kunjungan Brighton untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, pada Sabtu ini.

The Red menewaskan Ajax 2-1 sebelum rehat perlawanan antarabangsa, dan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengharapkan rentak kemenangan itu diteruskan dalam saingan liga.

Klopp yang menggunakan formasi 4-3-3, dijangka hanya akan melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utamanya – memasukkan Roberto Firmino dan Luis Diaz bermula di bangku simpanan.

Alisson Becker akan kekal di pintu gawang selepas hanya dibolosi satu gol ketika bertemu Ajax. Joel Matip juga akan terus bergandingan dengan Virgil Van Dijk di bek tengah.

Trent Alexander-Arnold dan Kostas Tsimikas akan membantu benteng Liverpool di bahagian kanan dan kiri.

Andrew Robertson dijangka tidak sempat pulih untuk perlawanan ini tetapi James Milner akan menjadi pemain gantian untuk benteng Liverpool.

Di barisan tengah, Klopp dijangka membariskan Thiago Alcantara, Fabinho dan Harvey Elliott dengan Jordan Henderson sebagai pemain simpanan.

Diogo Jota dan Mohamed Salah masing-masing akan cuba menembusi benteng Brighton dari sayap kiri dan kanan dengan Firmino di tengah-tengah jentera serangan.

Nunez dan Luis Diaz yang bermula di bangku simpanan mungkin akan dimasukkan sekiranya Liverpool terdesak mendapatkan gol pada saat-saat akhir.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker