Pelakon Terkenal Buat Laporan Polis, Dakwa Dipukul Suami

Aktres terkenal Indonesia iaitu Venna Melinda membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa suaminya yang juga merupakan seorang pelakon telah melakukan keganasan rumah tangga terhadapnya.

Pelakon dipukul suami?

Memetik laporan Detik.com, Venna dipercayai dipukul oleh suaminya, Ferry Irawan sehingga berlumuran darah dalam satu kejadian di sebuah hotel pada 8 Januari lalu. Susulan daripada itu, Venna telah tampil membuat laporan di balai polis bahkan dia juga membawa sehelai kain tuala dan pakaian yang berlumuran darah sebagai barang bukti.

Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang mengaku sebagai saksi mendakwa dia berada di sebelah bilik Venna dan mendengar teriakan aktres itu. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan Ferry juga dikatakan sudah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.

Sebagai rekod,  Ferry dan Venna telah sah bergelar suami isteri pada 7 Mac 2022.

Sumber: Detik.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker