KETUA SRIKANDI BERSATU AKAN LEPASKAN JAWATAN KABINET?

Ketua Srikandi BERSATU Bakal Letak Jawatan?

Desas desus kencang khabar politik mutakhir mengaitkan seorang Menteri akan meletakkan jawatannya. Nama Datuk Seri Rina Harun secara tiba-tiba disebut sebagai menteri berkenaan. Tiada sumber sahih bagi mengaitkan nama Menteri berkenaan dengan spekulasi tersebut.

Maklumat awal yang diperolehi masih belum dapat mengesahkan samada benar atau tidak Rina akan meletakkan jawatannya. Tiada sebarang alasan diberikan bagi menguatkan khabar angin perletakkan jawatan itu dan Rina tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan.

Bagaimanapun menurut sumber, ada unsur kecewa kalangan ahli parti apabila BERSATU menghentikan keahlian 5 wakil parlimen mereka semalam. Kejutan pula diberikan Marzuki apabila bertindak memecat SUK BERSATU melalui sepucuk surat. Situasi ribut dalam PPBM dipercayai ada kaitan dengan pertembungan 2 kem antara Kem Tun M dan Kem Muhyiddin.

Pihak kami masih menanti sebarang pengumuman dan akan mengemaskini laporan dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *