PU Abu Dikecam Kerana Terjebak Dengan TikTok

Gara-gara memuat nai video TikTok, PU Abu sekali lagi menerima kecaman hebat netizen.


Kebanyakannya kurang senang dengan aksi pendakwah ini menari dan memuat naik video tersebut di Instagram.

Kapsyennya, “Bersempena saranan Menteri Pengajian Tinggi kita,saya menyahut untuk buat challenge tik tok yang mungkin melambangkan kecerdikan saya dalam akademik.Jangan lupa untuk sahut challenge ini ye korang.”

Menjelaskan tentangnya, Abu kata kapsyen yang ditulis merupakan sindiran kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.



Netizen turut mengkritik nama TikTok yang digunakan Abu iaitu Pencetus Ummah Abu. Katanya dia tak layak menggunakan gelaran tersebut.

“Bab nickname tu aku malas nak edit, dia auto sebab ikut aku punya emel Apple ID. Aku buat suka-suka je. Baru install dua hari lepas nak happy dengan keluargalah katakan,” tambahnya.
Bagaimanapun Abu memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan tindakannya itu.’

Foto: IG

Namun dalam masa yang sama Abu hairan kerana video TikTok yang mendapat perhatian lebih berbancing program bacaan Al-Quran yang dianjurkan olehnya di Instagram.


“Aku buat live mengaji tak ada orang tengok, aku buat TikTok terus dikritik.”

Foto: IG VIA mStar Online

Abu juga meminta netizen supaya berhenti memanggilnya ustaz kerana dirinya bukan seorang ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker