KRISIS BERSATU SEMAKIN RUNCING, PAKATAN AKAN MENGHADAP AGONG JIKA CUKUP SOKONGAN?

Spekulasi Semakin Panas, Krisis BERSATU Akan Tumbangkan Kerajaan

Krisis BERSATU semakin runcing apabila Tun M mula bertindak agresif mempersoalkan pemberhentian keahliannya bersama 4 orang lagi ahli Parlimen. Menggunakan ruang Ibu Pejabat BERSATU bagi mengadakan sidang media sudah cukup memberi gambaran akan berlaku konfrantasi yang jauh lebih besar dalam PPBM.

Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainuddin dalam satu sidang media lain menjelaskan perkara berbangkit mengenai tindakan Setiausaha Kerja BERSATU Kapten (B) Muhamad Suhaimi Yahya yang telah mengeluarkan surat pemberhentian keahlian serta kedudukan sebenar Marzuki Yahya dalam BERSATU.



Hamzah berkata Mahathir sendiri yang meminta agar mereka (BERSATU) mencari jalan untuk keluar dari Pakatan Harapan semasa satu pertemuan yang dihadiri Muhyiddin, Faizal Azumu dan Mukhriz.

nak cari jalan bagaimana BERSATU keluar dari Pakatan Harapan – Mahathir, jadi saya (Hamzah) kata okeylah sama sama cari jalan.



Hamzah juga menjelaskan Marzuki bukan lagi Setiausaha Agung BERSATU dan menegaskan dirinya telah dilantik oleh Presiden sebagai Setiausaha Agung bermula 26 Mac 2020 selepas seminggu pemecatan Marzuki sebagai SUA BERSATU. Malah Hamzah juga menyatakan kedudukan Suhaimi masih kekal sebagai SUK BERSATU dan hanya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia boleh mengambil tindakan pemecatan terhadap SUK.

Apa pula episod baru krisis BERSATU esok? Adakah dakwaan penyokong Pakatan Harapan yang berlegar dalam media sosial bahawa PH sudah ada angka mencukupi boleh berlaku? Jika benar ia terjadi mungkin Pakatan Harapan Akan Menghadap Yang DiPertuan Agong bagi membentuk semula kerajaan dan menumbangkan kerajaan hari ini.

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button