PBM hanya letak calon berpotensi di PRN Johor

Calon Dun Maharani bagi PBM-Parti Bangsa Malaysia menyatakan parti itu hanya meletakkan calon yang mereka rasakan berpotensi untuk menang.

Hanis Asmui menyatakan demikian ketika sedang melakukan ‘walkabout’ kempen di sebuah gerai makan di Muar.

Calon muda dari PBM itu mengakui parti yang beliau wakili masih baru di arena politik tanahair dan kebanyakan ahli merupakan bekas ahli parti politik lain (bekas PKR).

Apabila ditanya matlamat sebenar PBM dalam PRN Johor, Hanis menyatakan strategi utama parti itu untuk memperjuangkan 6 teras utama yang digariskan oleh PBM.



Bagaimanapun Hanis tidak menyatakan apa teras yang diletakkan parti sebagai matlamat PRN Johor. Beliau memfokuskan 3 agenda dalam kempen PBM iaitu pemerkasaan anak muda, hubungan baik antara kaum dan ekonomi di Dun Maharani.

Najib Lep tidak mahu bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker