Vietnam masih tidak benarkan kemasukan semua pelancong asing

HANOI, 29 Mei  — Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19 memutuskan Vietnam belum boleh membuka pintu negara itu kepada semua pelancong asing, lapor agensi berita Vietnam.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada Khamis (28 Mei) dan anggota jawatankuasa berkata hanya pelawat dari negara tiada kes baharu selama sekurang-kurangnya 30 hari dibenarkan memasuki Vietnam.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Trinh Thi Thuy berkata kementerian bekerjasama dengan persatuan pelancongan untuk menyiapkan pelan bagaimana kaedah paling sesuai untuk menerima pelancong antarabangsa, selepas wabak dibendung sepenuhnya.

Namun, katanya fokus utama buat masa ini ialah sektor pelancongan domestik.



Vietnam tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 42 hari berturut-turut sejak 16 April.

Jumlah kes dilaporkan di negara ini setakat 28 Mei ialah sebanyak 327 termasuk 187 kes import.

Sebanyak 278 pesakit pulih dan tiada kematian dilaporkan.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker