AS “tamatkan” hubungan dengan WHO

WASHINGTON, 30 Mei — Amerika Syarikat (AS)  “menamatkan” hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Presiden Donald Trump, lapor agensi berita Xinhua.

“Hari ini kami akan tamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam,” kata Trump pada sidang media di Rumah Putih, Jumaat.

Awal bulan Mei, Trump mengutus surat kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, antara lain mengancam akan memotong dana secara kekal dan “mempertimbangkan semula keanggotaan” jika badan antarabangsa itu tidak memberi komitmen terhadap “gesaan mengenai penambahbaikan dalam masa 30 hari.”



Trump pada pertengahan April mengumumkan pentadbirannya akan menghentikan pembiayaan kepada WHO, tindakan yang menerima kritikan hebat di tengah-tengah dunia berdepan krisis kesihatan awam.

Di AS sahaja lebih 1.7 juta kes COVID-19 dilaporkan dengan lebih 102,000 kematian, menurut Johns Hopkins University.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button