Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ

Dalam rancangan ‘podcast’ Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan, Tengku Mahkota Johor (TMJ) telah menjadi tetamu jemputan.

Dalam temubual antara KJ, Shahril dan TMJ dalam rancangan tersebut, TMJ telah menyatakan hasrat untuk melihat KJ dan Shahril kembali kepada UMNO.

Bagi penulis, itu adalah pendapat peribadi baginda dan terpulang kepada kepimpinan UMNO untuk menimbangkannya.

Namun begitu, timbul persoalan kepada penulis, apakah ada kewajaran untuk UMNO menerima semula KJ?

Sekiranya soalan itu ditanyakan kepada penulis, jawapan yang akan diberikan adalah tidak.

Ianya berdasarkan kepada beberapa sebab dan alasan.

Memang diakui, KJ adalah pemimpin muda yang boleh dianggap bijak.

Tetapi kelayakan akademi bukanlah segala-galanya dalam perjuangan politik.

Perjuangan politik memerlukan semangat ketaatan dan setiakawan yang tinggi.

Kejayaan parti politik tidak boleh dianggap sebagai kejayaan peribadi dan begitu juga sebaliknya.

Masalah yang paling besar bagi KJ adalah beliau tidak mempunyai kedua-dua sifat yang cukup penting itu.

Beliau bukan sahaja tiada sifat ketaatan dan setiakawan.

Malah beliau adalah seorang yang sanggup menggigit tangan yang selama ini banyak membantu beliau.

KJ Hanya Pentingkan Diri Sendiri

Contoh yang terbaik adalah hubungan antara DS Najib dan KJ.

DS Najib adalah pemimpin yang terlalu banyak membantu KJ mendaki karier politik beliau.

Di era kepimpinan Tun Abdullah yang merupakan ayah mertua KJ, kehadiran KJ di dalam UMNO sangat tidak disenangi oleh banyak pihak.

Selepas Tun Abdullah, di tengah keresahan dan kemarahan pemimpin UMNO yang lain, beliau telah melantik KJ sebagai menteri penuh.

Malah dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO, kejayaan KJ banyak dibantu oleh DS Najib yang menjadi presiden UMNO ketika itu.

Tetapi apabila BN tewas dalam PRU 14, KJ dan Mas Emiryati yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO telah mengugut DS Najib.

Sekiranya DS Najib tidak melepaskan semua jawatan parti, mereka akan membuat sidang media untuk menuntut DS Najib letak jawatan.

Tidak cukup dengan itu, ketika DS Najib mula didakwa di mahkamah, KJ adalah orang yang paling lantang menghentam.

Menjadi Duri Dalam Daging Bagi UMNO

Tidak cukup dengan menghentam DS Najib, di era kepimpinan DS Zahid sebagai presiden UMNO, KJ terus menunjukkan sikap sebenar beliau.

Selepas tewas kepada DS Zahid dalam pertandingan jawatan presiden UMNO, DS Zahid telah menawarkan jawatan parti kepada KJ.

Tetapi telah beliau tolak dengan angkuh.

Malah sebagai ahli parlimen ketika itu, beberapa kali KJ bersikap engkar kepada arahan parti.

Apabila diberi peluang untuk bertanding semula dalam PRU 15, KJ melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan calon lain.

Dalam kempen PRU 15, beliau dengan lantang menuduh UMNO sebagai parti yang sudah sesat.

Akhirnya MKT UMNO telah mengambil keputusan untuk memecat keahlian beliau.

Jadi, wajarkah UMNO terima beliau kembali?

Sudah tentu tidak!!!

 

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker