Pemandu treler terbabit nahas 4 maut direman

IPOH: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan jalan raya menyebabkan empat maut di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, petang semalam direman tiga hari.

Pemandu berusia 34 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Puteri Nordina Kamalaudin, di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, empat maut dalam kemalangan itu, membabitkan tujuh kenderaan.



Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, empat yang maut pemandu seorang lelaki berusia 60 tahun, manakala penumpang hadapan, isteri berusia 59 tahun serta dua anak perempuan yang duduk di belakang, masing-masing berusia 27 tahun dan 28 tahun.

Beliau juga dilaporkan berkata, pemandu terbabit mempunyai 13 rekod kesalahan trafik, sejak 2008 hingga tahun lalu, termasuk tiga daripadanya adalah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2012, 2020 dan 2021.

Beliau berkata, ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh dadah.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker