Rusuhan di Minneapolis, perintah berkurung dikuat Kuasa

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-Tbk8_ueof8[/embedyt]

WASHINGTON, 30 Mei — Datuk Bandar Minneapolis Jacob Frey pada Jumaat mengisytiharkan perintah berkurung waktu malam susulan rusuhan dicetuskan penunjuk perasaan yang dilaporkan menuntut bela atas kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd.

Agensi berita Xinhua melaporkan, perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 6 pagi waktu tempatan, berkuat kuasa Jumaat sehingga 8 malam Sabtu.

Mereka yang ingkar arahan itu boleh didenda sebanyak US$1.000 atau penjara sehingga 90 hari, memetik CBS News.



Pada hari sama Datuk Bandar St Paul, Melvin Carter turut  menandatangani perintah darurat tempatan.

Semua anggota penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan serta petugas media dikecualikan di bawah perintah itu.

Floyd, 46, meninggal dunia Isnin petang sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa walaupun berulang kali berkata “tolong saya tidak boleh bernafas”.

Chauvin kemudian ditahan pada awal Jumaat dan didakwa atas kesalahan membunuh.



Minneapolis bandar raya terbesar di negeri Minnesota, Amerika Syarikat dilanda rusuhan selama tiga hari berturut-turut  menyaksikan banyak kerosakan.

Di St Paul lebih 170 premis perniagaan rosak.

Gabenor Minnesota Tim Walz pada Khamis turut mengisytiharkan darurat.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button