Bahang ‘derby’ Manchester

London: ‘Derby’ Manchester ke-188 berlangsung di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini dengan Manchester City mahukan kemenangan bagi merapatkan jurang kepada dua mata dengan pendahulu Arsenal yang akan menentang Tottenham Hotspur keesokan harinya.

Kelebihan tampak memihak City apabila tiada kelab paling banyak menewaskan United dalam aksi liga di Old Trafford berbanding mereka (lapan kali).

Kemenangan Sabtu ini juga bakal menyaksikan skuad Pep Guardiola menang dengan rekod 19 kali ke atas United sejak 1992, memintas Chelsea dan Liverpool yang masing-masing menang 18 perlawanan menewaskan Red Devils.

Rekod pertemuan Man Utd menentang City sejak akhir-akhir ini juga buruk apabila tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi EPL selain melepaskan 12 gol dan jika tewas sekali lagi, ia kali pertama sejak November 2014, mereka tewas empat kali berturut-turut aksi derby Manchester.



Erik ten Hag pastinya mahu mengelak menjadi pengurus United pertama tewas dua perlawanan pertamanya kepada Manchester City sejak David Moyes pada 2013-14.

Guardiola pula tidak boleh terlalu yakin dengan rekod dimiliki selepas apa yang menimpa mereka di Stadium St Mary awal pagi tadi yang menyaksikan City tersingkir daripada saingan Piala Liga selepas dimalukan Southampton 2-0.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker