Polis tahan suspek pengedar dadah Indonesia

Polis tahan suspek pengedar dadah Indonesia

Polis tahan suspek pengedar dadah Indonesia
Suspek warga Indonesia ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Foto BH/ABDUL RAHEMANG TAIMING

TAWAU: Sepasang suami isteri awal 20-an direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pengedaran dadah jenis syabu di Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin, selepas membenarkan permohonan dikemuka Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Mohd Shafiq Abdul Rahman.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi semalam, mereka ditahan ketika cuba memasuki daerah ini membawa kotak mengandungi tiga bungkusan disyaki dadah jenis syabu.



Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan tangkapan dan rampasan dadah berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Polis tahan suspek pengedar dadah Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button