Dorna Sports batalkan ujian musim sejuk di SIC

13/01/2021 01:57 AM

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb depan dibatalkan kerana keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dorna Sports malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Dorna Sports ialah pemegang hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP.



Kenyataan itu juga mendedahkan ujian percubaan yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Mac di SIC juga dibatalkan atas faktor yang sama.

Kedua-dua ujian itu dibatalkan berikutan kenyataan terkini oleh kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula dari 13 sehingga 26 Jan ini untuk mengekang penularan COVID-19.

“Ujian di Qatar yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail dari 10 hingga 12 Mac masih kekal setakat ini dan sebarang kemas kini atau perubahan akan diberitahu secepat mungkin,” katanya.

Kejohanan Dunia MotoGP akan bermula dengan Qatar GP di Litar Antarabangsa Losail dari 26 hingga 28 Mac depan.



20th Sukma: Sarawak athletes can train at state sports complex from Wednesday

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker