SARAWAK REPORT CUBA HERET ISTANA DALAM KANCAH POLITIK NEGARA?
Sarawak Report Peroleh Sumber Mana Kaitkan Istana Tidak Gembira Dengan Kerajaan Sekarang?
Menurut laporan SARAWAK REPORT, Istana tidak senang dengan pentadbiran kerajaan hari ini. Artikel tersebut menimbulkan syak Sarawak Report cuba mengheret Istana ke kancah politik untuk kepentingan pihak tertentu. Modus operandi portal tersebut masih menggunakan figura sama dalam modus kali ini – Najib dan Rosmah yang dikaitkan ada hubungan mempengaruhi Setiausaha Agung BERSATU Hamzah Zainuddin. Selain itu sumber SR juga menamakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul turut terpalit dan dikatakan digunakan Muhyiddin bagi mempengaruhi Istana.
Seperti biasa SR tidak berani menampilkan sumber mereka yang digunakan sebagai rujukan dalam krisis BERSATU dan Pakatan Harapan. Serangan 1 Jun 2020 menepati ramalan Raja Petra Kamaruddin yang telah memberi amaran akan ada serangan besar-besaran terhadap Muhyiddin.
SR cuba memanipulasi kejatuhan Pakatan Harapan serta krisis BERSATU ada hubung kait dengan perancangan bekas PM Ke-6 selain cuba memberi gambaran kemewahan Tan Sri Muhyiddin dengan memaparkan foto jam tangan berjenama. Cubaan ini tidak ubah sepertimana cara SR menjaja kisah cincin dan beg tangan isteri Najib satu ketika dahulu.
Sarawak Report turut cuba bermain angka sokongan ahli parlimen yang masih menyokong kedudukan Muhyiddin sambil tidak menolak hujahan sumber yang menyatakan kerajaan semakin hilang sokongan kerana tindakan BERSATU menghentikan keahlian Mahathir dalam BERSATU. Menurut sumber SR lagi, keyakinan Ahli Parlimen BERSATU juga tidaklah sekuat yang dilihat kerana kemasukan AP Umno bukanlah kalangan ‘Setia Muhyiddin’. Bagaimanapun SR tidak menyatakan berapa sokongan yang kini memihak kepada Pakatan Harapan atau Mahathir.
Selain menyerang UMNO, SR turut melabelkan BERSATU sebagai parti yang menggunakan politik wang untuk membeli sokongan ahli parlimen bagi menguatkan kedudukan parti itu dalam parlimen. Mengapa baru sekarang Sarawak Report menggunakan istilah tersebut dan bukan ketika Mahathir bersama Pakatan Harapan menggerakkan jentera mereka berjumpa dan menggunakan apa sahaja saluran bagi memperolehi sokongan sebaik PH ditumbangkan? Sesuatu yang agak janggal bila SR mula menyerang Muhyiddin dan seolah berada ‘dalam gua’ ketika PH memerintah selama 22 bulan?
Adakah Sarawak Report menerima habuan untuk menyerang dan menjalankan operasi memburukkan kerajaan hari ini? Siapa yang sanggup melabur untuk mendapatkan kembali kuasa memerintah? Paling utama persoalan yang perlu dijawap Sarawak Report – dari mana sumber mereka yang mengaitkan Istana tidak gembira dengan Muhyiddin Yassin?