[VIDEO] Aliff Syukri Kemalangan, Kereta Mercedes Remuk -‘Saya Terhentak, Kepala Sakit’

[VIDEO] Aliff Syukri Kemalangan, Kereta Mercedes Remuk -‘Saya Terhentak, Kepala Sakit’

[VIDEO] Aliff Syukri Kemalangan, Kereta Mercedes Remuk -‘Saya Terhentak, Kepala Sakit’

Usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam sebuah kemalangan selepas dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang baru-baru ini.

Kemalangan



Menerusi kemas kini di Instagram, Aliff berkata ketika kejadian pergerakan di atas jalan raya begitu sesak dan kereta yang dinaikinya bergerak sangat perlahan.

Namun secara tiba-tiba, dia terasa hentakan yang kuat dari arah belakang.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang. Padahal jalan sesak sangat-sangat waktu itu.

Saya bawa perlahan sangat, tiba-tiba saya terhentak, sakit sangat. Kepala saya sakit.



Dalam pada itu, usahawan berusia 36 tahun itu turut berkongsi sepotong video ketika insiden terbabit terjadi.

Malah, dalam video berkenaan, Aliff dilihat begitu emosi memarahi pemandu kenderaan yang didakwa melanggar kereta jenis Mercedes Benz miliknya.

Bagaimanapun, kata ayah kepada enam cahaya mata itu, dia meluahkan rasa syukur apabila tiada sebarang kecederaan serius serta kemalangan jiwa yang berlaku.

Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.



Ujian sungguh untuk saya, syukur saya selamat. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stress dan terkejut.

Video

@abangterlajaklaris

Sumpah salit bergegar kepala sy..

♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music



 

Sumber: Instagram

[VIDEO] Aliff Syukri Kemalangan, Kereta Mercedes Remuk -‘Saya Terhentak, Kepala Sakit’

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button