‘Tengok Suami Kamu bogel Dalam Bilik Hotel..’ – Wawa Zainal Terima Mesej Dakwa Suami Curang

Pasangan selebriti terkenal iaitu Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal merupakan antara pasangan yang sangat romantis dan menjadi perhatian ramai. Ada sahaja momen manis dan melucukan yang sering dikongsikan buat tatapan para peminat.

Tetapi kali ini ada pula kisah yang tidak sedap didengar apabila isteri Aeril iaitu Wawa Zainal telah berkongsi satu kirimin mesej yang diterima di Instagram yang didakwa ditujukan kepada Aeril Zafrel. Wanita terbabit mendakwa Aeril berlaku ‘curang’.

Wawa terima mesej ‘pelik’

Menerusi posting Wawa Zainal di Instagram, dia memuat naik screenshot mesej yang dihantar oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah kawan rapat Aeril. Dalam mesej tersebut, wanita terbabit mendakwa meskipun Aeril sudah pun bergelar suami orang tetapi dia dikatakan telah melakukan ‘sesuatu’ bersama wanita lain tanpa pengetahuan Wawa.

Tidak berakhir di situ, individu ini juga mendakwa bahawa Aeril ada berhubung dengannya menerusi mesej dan mengajaknya berjumpa di sebuah hotel di Melaka. Walaupun menerima mesej sedemikian, Wawa kelihatan tenang dan langsung tidak melatah. Difahamkan, wanita tersebut dipercayai sengaja menghantar mesej berkenaan semata-mata mahu memec4h belahkan hubungan Wawa bersama Aeril Zafrel.



‘Seram betul..’


“Silap orang ni nak game’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila ramai dalam kalangan netizen menganggap mesej yang diterima Wawa itu melucukan kerana susunan ayat yang digunakan wanita terbabit agak sukar untuk difahami.

Menjengah ke ruangan komen, mereka bergurau mengatakan kemungkinan individu terbabit menggunakan khidmat ‘google translate’ untuk menulis mesej tersebut. Malah, mereka yakin dan percaya Aeril Zafrel tidak akan melakukan perbuatan yang dimaksudkan wanita terbabit.

Sumber: Wawa Zainal



UJIAN SARINGAN COVID-19 ISTERI, ANAK-ANAK AERIL ZAFREL NEGATIF

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker