Ronaldo jumpa Ten Hag, Ferguson

MANCHESTER: Manchester United kekal dengan pendirian mereka untuk tidak menjual Cristiano Ronaldo selepas penyerang Portugal itu kembali ke Carrington semalam.

Ronaldo diberi cuti tiga minggu semasa jelajah pra-musim ke Thailand dan Australia, dan kembali ke pusat latihan United bersama ejennya Jorge Mendes.

Pemain 37 tahun itu bertemu pengendali baharu Erik ten Hag buat pertama kali, dengan bekas pengendali Alex Ferguson turut berada di Carrington.

Walaupun United menafikan kehadiran Ferguson ada kaitan dengan Ronaldo, dipercayai bekas pengendali itu sempat bercakap dengan penyerang berkenaan.



Hubungan rapat antara Ferguson dan Ronaldo antara faktor United berjaya menyambar bekas pemain Juventus itu daripada menyertai Manchester City pada musim panas tahun lalu.

Skuad kendalian Ten Hag akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan hujung minggu ini tetapi pengendali United itu menyatakan masih terlalu awal untuk menurunkan Ronaldo yang terlepas banyak sesi latihan.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker