AL-FATIHAH – JAMALI SHADAT KEMBALI KE RAHMATULLAH, ‘ATAN’ DALAM KENANGAN

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” demikianlah kata Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, yang memaklumkan berita sedih dimana datuknya, pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, pada 8.30 pagi, hari ini.

Terdahulu, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan. Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital. Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.

Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk. Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ.

“Selepas itu… dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya,” tutur Isyraq.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, itu mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

“DIA MASIH LAGI HIDUP…” – ANAK KESAL BERITA PALSU KEMATIAN BAPANYA, JAMALI SHADAT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker