Nurshamil, Kelantan FC setuju berpisah

Nurshamil, Kelantan FC setuju berpisah

Nurshamil, Kelantan FC setuju berpisah
NURSHAMIL (kanan) lega kemelutnya bersama kelab menemui noktah dengan persetujuan bersama dan berakhir dengan cara baik.

PENYERANG tempatan, Nurshamil Abd. Ghani menarik nafas lega selepas kemelut bersama skuad Kelantan FC ber­akhir dengan cara baik apabila berpisah atas persetujuan bersama pada jendela perpindahan kali ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Nurshamil, pihak pengurusan telah bersetuju untuk melepaskan khidmatnya berkuat kuasa serta-merta dan berharap skuad The Red Warriors (TRW) akan terus maju pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada Kelantan FC melepaskan saya dengan persetujuan bersama. Saya doakan pasukan akan lebih baik pada masa akan datang.



“Terima kasih juga beri peluang dan ruang selama saya bersama pasukan dan mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri serta pasukan.

“Terima kasih turut diucapkan pada pihak pengurusan, barisan kejurulatihan, rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu saya selama berada dalam pasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu




“Walaupun ada yang pahit, pasti ada manis untuk saya ingat. Tidak lupa juga untuk penyokong TRW yang dapat menerima saya untuk saya tabur bakti untuk negeri Kelantan,” katanya menerusi laman sosial Instagram peribadinya.

Penghijrahan tersebut sekali gus menamatkan kemelut antara kedua-dua pihak selepas bekas penyerang pasukan Selangor FC itu mendakwa pihak pengurusan menuntut bayaran RM50,000 ­untuk menamatkan kontrak ­lebih awal.

Susulan itu, Nurshamil yang kini berusia 29 tahun telah mendapatkan bantuan daripada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk menyelesaikan isu terbabit.

Ramai pemain berpengalaman serta tonggak import telah berhijrah daripada pasukan Kelantan FC pada musim ini seperti Nuha Marong, Ismaheel Akinade, Afiq Azuan dan Miguel Cifuentes.



Nurshamil menyarung jersi Kelantan sejak dua tahun lalu dan menjadi penjaring terbanyak bagi pemain tempatan untuk Liga Premier musim 2021.

Nurshamil, Kelantan FC setuju berpisah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button