Cabul: Polis tahan suami pengasuh kanak-kanak

cceca77d7ddcc74aa3d218f11b36060c5e18265dec8bbOrang Digari

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun di Desa Mentari, Petaling Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kejadian dikatakan berlaku sekitar tengah hari pada 3 Nov lepas, semasa kanak-kanak itu yang berada seorang diri di rumahnya, didatangi suspek yang dikenali kanak-kanak itu sebagai suami pengasuhnya.

Beliau berkata suspek yang berumur 45 tahun melarikan diri selepas kanak-kanak berkenaan menjerit berkali-kali dalam kejadian itu, dan semalam kira-kira pukul 9.00 malam, ibu saudara kanak-kanak itu bersama suaminya terserempak dengan suspek di bawah blok rumah berkenaan.



Suami pengadu memanggil suspek, tetapi suspek cuba melarikan diri, dan telah berlaku pergelutan antara mereka berdua, namun suspek berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya untuk tindakan polis,” katanya ketika dihubungi malam ini.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu jentera angkat susun, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis dibawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan,” tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button