SHERRY ALHADAD: “MENGALIRKAN AIR MATA… INI KEMENANGAN PERTAMA SEPANJANG 36 TAHUN”

“Saya mengalirkan air mata apabila teringat betapa sukarnya untuk berada dalam industri seni ini. Tak mudah buat orang terima. Saya berusaha dan merempuh kata-kata orang ramai.

Image_1.jpg

“Jujurnya, saya masih terkejut. Saya tak pernah terfikir menang anugerah sepanjang bekerja. Sememangnya, saya ikhlas untuk berada dalam industri seni.

“Saya tak pernah rasa gementar seperti ini dalam hidup saya. Ini kerana saya selalu berada atas pentas sebagai seorang pengacara dan jarang tersilap cakap. Tetapi, saya sendiri tak tahu apa yang saya cakap apabila berada atas pentas mengambil anugerah,” katanya.

“Ini adalah anugerah pertama sepanjang 36 tahun hidup. Anugerah ini sudah tentu hasil menerusi usaha dan sokongan kelab peminat, Sherrylicious.

“Walaupun sebenarnya jumlah kami kecil jika mahu dibandingkan dengan kelab peminat lain, tetapi mereka mampu menggoncangkan ABPBH 33,” demikianlah kata pengacara Sherry Alhadad.

Sherry yang merangkul dua kemenangan iaitu Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Jumaat lalu, mengakui hilang kata-kata sebaik namanya diumumkan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Tidak dapat menahan sebak apabila ditemubual di belakang pentang, Sherry berkata dia masih lagi terkejut serta tidak pernah menjangkakan kemenangan tersebut selepas 14 tahun berada dalam industri seni tanah air.

Kemenangan pertama sepanjang 36 tahun, Sheery berkata kejayaannya itu sekali gus membuktikan pengacara bertubuh besar itu memiliki bakat yang dihargai peminat.

Dalam pada itu, Sherry berkata anugerah itu bukan untuknya mendabik dada dengan apa yang dimiliki. Ujarnya, anugerah itu juga sebagai pendorong semangat kepada mereka yang lain untuk menjadi kekurangan sebagai kelebihan.

“Saya berada dalam dunia seni bukan untuk membuktikan saya mampu menang anugerah. Ia disebabkan saya rasa sudah usaha untuk sampai ke tahap ini.

“Nasihat saya, tak kisah apa yang anda miliki, jadi diri sendiri. Sekiranya, rasa berbakat, cuba berusaha untuk membuktikan apa yang ada. Yang penting adalah niat, sekiranya ikhlas, Insya-Allah hasilnya pasti baik,” tuturnya.

Image_3.jpg

Sementara itu, Sherry berkata, anugerah itu bukan untuknya mendabik dada dengan apa yang dimiliki, tetapi ia adalah petanda dirinya sudah bekerja keras untuk mengetengahkan bakat.

“Saya berada dalam dunia seni bukan untuk membuktikan saya mampu menang anugerah. Ia disebabkan saya rasa sudah usaha untuk sampai ke tahap ini.

“Nasihat saya, tak kisah apa sahaja yang anda miliki, jadilah diri sendiri. Sekiranya, rasa berbakat, cuba berusaha untuk membuktikan apa yang ada. Yang penting adalah niat, sekiranya ikhlas, insya-Allah hasilnya pasti baik.

“Yakin dengan diri sendiri. Kalau saya boleh buat, anda pun boleh buat. Kita jangan membataskan diri, jadikan kekurangan sebagai satu kelebihan,” ujarnya.

Ekoran itu, Sherry berazam untuk terus memperbaiki dirinya dan mencuba sesuatu yang baru bagi menghargai insan yang menyokongnya dari awal hingga hari ini.

Untuk makluman, Sherry mula dikenali sebagai pelakon komedi apabila membintangi telefilem komedi, ‘Sutun’ pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan pada 2006.

Image_4.jpg

DR NOOR HISHAM ABDULLAH DAN KKM DIIKTIRAF – AL JAZEERA WAJIB ‘TAUBAT’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker