Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun ini – PM Muhyiddin
PUTRAJAYA, 7 Jun — Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, kata .
Beliau mengumumkan perkara itu di pejabatnya di sini hari ini yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan.
Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB bagi menggantikan PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
PKPB yang sebelum ini dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
PKPB kemudian dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun (Selasa) ini.
— BERNAMA