Aiman Tino masuk hospital kerana sukar bernafas

Penyanyi Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu kota apabila mengalami kesukaran bernafas pada Sabtu.

Menurut ibunya, Hazelina Mat Jalil, penyanyi Ku Rela DiBenci itu mengalami gejala batuk berpanjangan sebelum dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Kami bawa Aiman buat pemeriksaan dan doktor minta masuk ke wad untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada baru-baru,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Selepas mendapatkan rawatan, difahamkan Aiman, 24, kini dalam keadaan stabil, namun perlu berehat seketika bagi memastikan kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Hazelina menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya hari ini memuat naik foto Aiman terbaring di katil dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Mak doakan Aiman cepat sembuh,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian para pengikutnya di laman sosial yang turut sama menitipkan doa agar Aiman kembali sembuh.

© Sinar Plus 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker