Pulau Batu Puteh : Mahathir paling tidak layak persoal konflik kepentingan.

 

oleh Adam Malik

“Takut bayang bayang sendiri” kata Dr Puad Zarkashi kepada Tun Mahathir berkaitan isu gadai Pulau Batu Puteh.

Memang benar rumusan Dr Puad memandangkan Mahathir banyak sangat karenah untuk menjawab kenapa beliau serah Pulau Batu Puteh kepada Singapura secara buat Keputusan sendiri.

Jika sebelum ini Mahathir amat lantang dalam pelbagai perkara dalam negara, namun sebaik sahaja isu Pulau Batu Puteh muncul, Mahathir hilang akal dan kebijksanaan untuk menjawab.



Dalam perkataan lain, Mahathir sudah mati kutu.

Demi mahu mengelak dari dibicarakan , Mahathir beri banyak alasan untuk membida masa menangguhkan dari diseret kepanel juri Suruhanjaya Siasatan diRaja.

Alasan terkini Mahathir adalah Ketua Juri Tun Raus dikata oleh Mahathir sebagai ada kepentingan konflik dan tidak sesuai menyoal siasat Mahathir.

Dulu pun begitu, Mahathir dakwa Tan Sri Appandi Ali tidak sesuai untuk mengetuai panel siasatan



Dr Puad menempelak Mahathir dengan isu lampau yang membabitka Mahathir –

“Tun M takut bayang bayang sendiri. Dia yang ada konflik kepentingan bila Tun Raus meletak jawatan Ketua Hakim Negara dulu. Tun M kepanasan.

Apa kelayakan Tun M bercakap isu konflik kepentingan. Dia orang yang paling banyak diselubungi konflik kepentingan ketika di puncak kuasa 

Dia melantik Datuk Mohd Shukri  yang sudah bersara sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Kemudian lantik Latheefa Koya (orang politik) ganti Shukri.

Perlantikan Richard Malanjun Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Raus juga kontroversi. Bahkan perlantikan TS Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak juga dipertikaikan.”-  Dr Puad

Maka , jelas sekali ada sesuatu perkara telah terjadi dalam penyerahan Pulau Batu Puteh secara tergesa gesa.

Jika Mahathir tidak bersalah sudah pasti beliau tidak takut kepada inkuari yang bakal diadakan.

Rakyat mula musykil dengan Mahathir apabila kes bekas Gabenor Bank Negara masih tidak dibawa kemahkamah lagi.

Tambah lagi kes ini dibongkar oleh pihak Singapura.

Maka apabila Mahathir tergesa gesa menyerah PBB kepada Singapura lalu tidak salah lah ia akibatkan banyak pihak curiga .

Persoalan ditanya , adakah Mahathir telah diugut ?

Atau, Mahathir membuat “deal” melepaskan PBB untuk menutup sesuatu dari didedah oleh kerajaan Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker