HERET KE MAHKAMAH, BERSATU BAKAL DIBUBARKAN?
FOTO DERAF WRIT SAMAN BERSATU TERSEBAR
Foto deraf writ saman beberapa penama terhadap kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tersebar di media sosial. Dalam deraf writ tersebut ada 7 nama sebagai Planitif menamakan 4 penama sebagai Defendan.
Cubaan pihak kami mendapat maklum balas dari sumber dalaman BERSATU menerusi menerima respon. Bagaimanapun tangkap layar perbualan tidak dibenarkan untuk siaran sebaliknya hanya kandungan perbualan diizinkan untuk disiarkan. Antara kandungan perbualan yang diberikan kebenaran siaran seperti dibawah :-
- bodoh siapa yang failkan writ saman ini
- mereka hanya mahu tipu rakyat dan akan kata bahawa merekalah yang mengheret *** ke mahkamah
- orangtua ni dulu dah buat sekali tahun 1988
- permainan dah basi
- kes parti tidak boleh dibawa ke mahkamah
Krisis BERSATU semakin buruk dan kemungkinan akan membawa kepada pembubaran parti tersebut sekiranya writ diteruskan oleh Planitif. Seperti diketahui umum, BERSATU telah mengeluarkan surat henti keahlian terhadap beberapa nama ahli BERSATU sekaligus membawa kepada perpecahan penyokong kepada 2 kumpulan – Kumpulan A dan Kumpulan B. Penyokong kedua-dua kumpulan pula kini saling berbalas serangan dan memburukkan keadaan BERSATU tanpa campur tangan pihak lain.
Rakyat yang mahu kerajaan sekarang fokus kepada fasa pasca covid19 merasa sedikit terganggu dengan perkembangan tidak sihat politik menggesa agar pembubaran parlimen dilakukan untuk memastikan penubuhan sebuah kerajaan baru yang lebih stabil berbanding kerajaan yang sering digugat dengan kenyataan kenyataan mengelirukan. Rakyat semakin bosan dengan polemik perebutan kuasa BERSATU, berang dengan teori angka sokongan Pakatan Harapan berpendapat semua plot ini merugikan masa depan mereka dan ekonomi yang terjejas dengan pandemik covid19.