Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah

Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah

Berjaya Land mengambil tindakan undang-undang terhadap MB Kedah, Sanusi Md Nor atas kenyataan yang dikeluarkannya didakwa melulu dan berniat jahat.

CEO Kumpulan Berjaya Land, Syed Ali Shahul Hameed dalam menegaskan, pihaknya menafikan semua tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Sanusi.

Ianya merujuk kepada kenyataan Sanusi dalam ceramahnya, pada 2 Ogos lalu di Kedah.

Sanusi Jelajah Mega PN Best ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara MB Selangor, Amirudin dan Vincent Tan.



Beliau mendakwa wujud skandal antara mereka berdua dalam melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, katanya Vincent akan mendapat lebih 600 ekar tanah di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan sekitar RM180 juta.

“Macam mana 600 ekar ni akan diberi percuma kepada tauke ni?”

“Macam mana tauke ni ambil alih anak syarikat MBI 55%”.



“Ha… ni tengah duk hangat ni, tunggu meletup,” Sanusi dipetik berkata demikian oleh lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Fakta VS Auta

Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah

Fakta 1

Fitnah Sanusi:

MBI Selangor memberikan tanah seluas 600 ekar di Selangor kepada Berjaya Hartanah Berhad.

Berjaya Land dan/atau syarikat berkaitannya tidak pernah mendapatkan atau diberikan tanah seluas 600 ekar bernilai RM10 bilion.

Hanya beberapa bidang tanah yang berjumlah seluas 103.6 ekar telah diluluskan pemilikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada JV Co/LLBSB.

Setelah tanah-tanah tersebut didapati bersesuian untuk pembangunan.

Berjaya Land dikehendaki membayar premium bagi pemindahan hak milik tanah tersebut berdasarkan kadar pasaran.

Fakta 2

Fitnah Sanusi:

Sanusi mendakwa MBI Selangor menjual anak syarikat MBI Selangor, Landasan Lumayan Sdn Bhd kepada Berjaya Hartanah Berhad.

Menurut Syed Ali, tiada jualan seperti yang didakwa oleh Sanusi.

Sebenarnya, sebuah syarikat tujuan khas melalui usahasama (“JVCo”) antara anak syarikat MBI, Landasan Lumayan Sdn Bhd (45%) dan Berjaya Hartanah Berhad (55%).

Ianya dikenali sebagai Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB) telah dibentuk untuk, antara lain, membersihkan dan membangunkan Sungai Klang.

JVCo/LLBSB memacu pembangunan hartanah, dengan tumpuan khusus kepada projek perumahan mampu dibeli.

Ianya sebagai satu mekanisme penjanaan dana berterusan untuk mengekalkan usaha pembersihan sungai yang penting ini di bawah Projek SMG.

Inisiatif Projek SMG ini telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada Green World Awards 2023 di atas segala usaha yang dijalankan untuk membersihkan Sungai Klang.

Projek SMG untuk pemulihan Sungai Klang dilihat mula membuahkan hasil apabila kualiti air sungai bertambah baik daripada kelas 4 kepada kelas 2 sekarang.

Sanusi Perlu Fokus Kepada Masalah REE Kedah Bukan Sibuk Menabur Fitnah

Adalah lebih baik Sanusi fokus kepada masalah kecurian REE di Kedah kerana ianya berlaku di tanah milik MBI Kedah.

Janganlah cuba menutup pekong sendiri dengan satu lagi fitnah yang akan mengaibkan diri sendiri.

Cuma penulis hendak bertanya, duit saman fitnah terhadap Mahfuz Omar dah bayar ke belum.

Bukan banyak mana pun, RM120,000 jer, duit REE kan banyak.

 

Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker