Kemboja: Empat maut, 11 dirawat di hospital selepas minum wain herba tercemar


PHNOM PENH, 10 Jun — Empat lelaki maut manakala 11 yang lain dimasukkan ke hospital di wilayah Banteay Meanchey di barat laut Kemboja selepas meminum wain herba yang tercemar, lapor agensi berita Xinhua.

Pengarah Jabatan Kesihatan wilayah Banteay Meanchey, Le Chansangvath, pada Rabu berkata empat lelaki itu disahkan meninggal dunia di hospital dan 11 yang dirawat dilaporkan dalam keadaan stabil.

Chansangvath berkata, wain “Taing Kuoy” itu tidak berdaftar, dijual dengan harga serendah 1.000 riel (US$0.25) untuk sebotol 500ml. Ia sering dibeli oleh golongan miskin, buruh binaan atau kuli.

Katanya, pegawai kesihatan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan merampas produk itu dari pasaran dan sedang mengesan pengeluarnya.



“Sampel wain itu dihantar ke Institut Kesihatan Awam di Phnom Penh untuk menjalani ujian dan masih menunggu hasil ujian,” katanya.

Wain herba atau beras popular di kawasan luar bandar di Kemboja kerana harganya yang murah.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button