Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?

Nampaknya cakap-cakap Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri, bakal menjadi perdana menteri sekiranya Perikatan Nasional membentuk kerajaan semakin sepi.

Di dalam kempen PRK Kemaman, cerita mengenai Dr Samsuri bakal menjadi perdana menteri masa hadapan Perikatan Nasional menjadi tajuk kempen utama.

Bukan sahaja kepimpinan PAS merestuinya, malah Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin juga merestuinya.

Malah beliau membuat sidang media untuk membuktikan persetujuan beliau.

Timbul persoalan kepada kita, adakah Perikatan Nasional akan membuat rombakan kabinet bayangan yang pernah mereka umumkan Februari lalu.

Dalam senarai kabinet bayangan yang diumumkan sebelum ini, Muhyiddin telah dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Manakala Presiden PAS, Hadi Awang, pula telah dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sekiranya Perikatan Nasional benar-benar jujur untuk meletakkan Dr Samsuri sebagai calon perdana menteri dari Perikatan Nasional, buktikan dengan senarai kabinet bayangan yang baharu.

Nama Muhyiddin sebagai calon perdana menteri Perikatan Nasional mesti digugurkan.

Keperluan rombakan kabinet bayangan Perikatan Nasional dilihat semakin relevan terutamanya selepas Kerajaan Perpaduan membuat rombakan kabinet.

Ada penambahan dalam jumlah potfolio pentadbiran Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim.

Maka sewajarnya Perikatan Nasional juga menambah bilangan kabinet bayangan mereka bagi mengimbangi dan memperkemaskan fungsi semak dan imbang pembangkang.

Sebagai contoh, Kementerian Multimedia & Digital sudah dipisahkan serta Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan semula.

Siapakah pemimpin Perikatan Nasional yang akan menjalankan fungsi semak dan imbang kepada kedua-dua kementerian tersebut?

Atau bagi Perikatan Nasional, fungsi semak dan imbang bukanlah fungsi utama mereka sebagai pembangkang.

Tetapi fungsi utama Perikatan Nasional sebagai pembangkang adalah untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap.

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker