MAHATHIR IBARAT KERETAPI STIM KEHABISAN ARANG BATU
ZAMAN SUDAH BERLALU, TUN M WAJAR BERSARA POLITIK
Tun Mahathir ternyata semakin tenggelam dalam fantasi politik rekaan beliau sendiri bila membuat sindiran mahu menubuhkan parti politik baru. Menulis di laman blognya, Mahathir menamakan parti tersebut sebagai Parti AAD – Parti Apa Aku Dapat.
BACA – MAHATHIR MASIH MAHU BERKUASA
Ibarat meludah ke langit, Mahathir hanya memalukan diri sendiri bila memperkatakan kekecewaan orang politik dalam parti yang tidak dapat apa dikehendaki bertindak menubuhkan parti baru asalkan berkuasa dan beroleh apa sahaja kemahuannya. Mungkin kita boleh toleh sebentar sejarah penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU oleh Tun Dr Mahathir. Bukankah kerana beliau kecewa apabila kemahuannya tidak dipenuhi Najib Razak lantas membuat onar dan menubuhkan parti BERSATU? Matlamat penubuhan BERSATU – Jatuhkan Najib. Lantaran itu Mahathir sanggup bekerjasama dengan ‘Musuh Politik’ DAP dan memeluk erat bekas Timbalan Perdana Menteri yang beliau sendiri pecat menggunakan alasan salah laku moral. Jelas sekali Mahathir adalah golongan kecewa seperti ditulisnya sendiri. Apatah lagi apabila legasi politiknya Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sewaktu Najib memerintah dan sekali lagi meletakkan jawatan sama apabila Kerajaan Persekutuan yang baru ditubuhkan kerana ‘KEDANGKALAN’ Mahathir sendiri meletakkan jawatan Perdana Menteri Ke-7.
BACA – MAHATHIR AJAK JATUHKAN MUHYIDDIN
Menyentuh perkara ke-4 yang ditulis Mahathir – memperkaya Orang Melayu yang belum dapat dengan cara melantik pegawai dalam badan badan khas yang ditubuhkan bagi mencari kekayaan. Sekali lagi Mahathir ‘menepuk air dalam dulang’ dengan kenyataan demikian. Bagaimana Mahathir mahu nafikan kekayaan anak-anaknya sebagaimana pernah didakwa Anwar Ibrahim? Malah ada dakwaan pemberian tender secara terus berlaku semasa Mahathir memerintah. Dakwaan berkaitan tanah KLCC juga pernah berlegar malah hubungan baik Mahathir dengan taikun taikun berkepentingan termasuk taikun judi juga pernah menggemparkan.
Mahathir yang masih lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan penubuhan parti AAD selepas mesyuarat Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR. Mungkinkah beliau kecewa apabila tidak dicalonkan hingga wartawan bertanyakan perihal tersebut Mahathir enggan menjawap langsung pertanyaan.
BACA – KOMPLOT MAHATHIR – GOPAL SRI RAM
Nampaknya Mahathir bukan sahaja kehilangan kuku malah taringnya dalam politik semakin malap ibarat keretapi lama yang kehabisan arang batu. Kisah perebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar masih belum dimuktamadkan namun ada pihak mendakwa perancangan terbaru ialah menamakan Mukhriz sebagai TPM jika Anwar menjadi PM. Sejauh mana benar atau tidak perancangan itu tidak diketahui.
Bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri NAJIB RAZAK mengulas tulisan Mahathir dengan menamakan Parti AAD sebagai Parti Anak Anak Daddy. Sindiran tajam Najib mungkin ada kaitan dengan stail Mahathir menjawap bila mahu mengalih soalan – “Saya Tak Tau” sekiranya beliau ditanya kewajarannya mahu menubuhkan parti baru.
Sewajarnya Dr Mahathir memikirkan karier beliau dalam politik dan mengambil keputusan berundur dari arena ini. Ini bukan zaman SEMARAK lagi untuk mendoktrinkan diri sebagai ‘Penyelamat’ Malaysia. Beliau wajib berundur dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara. Janganlah jadikan diri umpama Keretapi Wap yang sentiasa mahu arang batu bagi membolehkannya bergerak.