Ranking Harimau Malaya dijangka ‘stabil’

 

Oleh – Syeikh Baran


Ranking Harimau Malaya dijangka ‘stabil’

MISI Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memastikan skuad Harimau Malaya berada dalam kelompok 120 negara terbaik dunia kembali cerah selepas mengejutkan Korea Selatan dengan keputusan seri 3-3 kelmarin.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal menambah 12.30 mata sekali gus kedudukan ranking tidak banyak berubah berbanding posisi ke-130 dunia ketika ini.

Harimau Malaya dijangka berada di kedudukan No. 132 apabila senarai baharu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijangka keluar pada bulan depan.



Posisi skuad kebangsaan tidak boleh melonjak secara drastik memandangkan dipotong dengan mata yang agak tinggi selepas tewas dua perlawanan ke atas Jordan dan Bahrain pada aksi peringkat Kumpulan E sebelum ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker