Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.

Oleh Adam Malik

 

Tuduh menuduh dan tuding jari semakin galak antara pihak Muhyiddin Yassin dan Rosli Dahlan semata mata atas sebab wang pulangan 1MDB sejumlah RM7 bilion didalam urusan ‘settlement” antara kerajaan Malaysia dan pihak Goldman Sach.

Beberapa minggu lalu negara tergempar dengan kisah pejabat Peguam peribadi Muhyiddin diserbu pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Kisahnya pihak pejabat peguam Muhyiddin enggan menyerahkan dokumen 1MDB berkaitan penyelesaian pemulangan wang 1MDB dengan Goldman Sach secara sukarela.

Jika Najib Razak sudah dipenjarakan selama 12 tahun dengan tiada pembuktian dan kenyataan dari Hakim siapa yang mengarahkan kemasukan wang selain Hakim berkata ‘Kamu tidak sepatut membelanjakan wang itu” sahaja, namun bukan Datuk Seri Najib Razak yang berada didalam ‘Hot soup” hari ini , tetapi Muhyiddin Yassin , Rosli Dahalan dan Tengku Zafrul.

Kemana perginya wang settlement GS sejumlah RM7 bilion itu?

Jika penyelesaiannya secara telus dan tiada apa apa ‘hanky panky” belakang tirai terjadi kenapa pula mesti di rahsiaKn terma kandungan nya, lebih parah kenapa di “challenged” dimahkmah penyerahan  dokumen berkaitan nya kepada SPRM?

Seperti kata Datuk JoharI Ghani diParlimen , ia wang kita kenapa pula terma rundingan dibuat dengan memberi pihak GS memberi syarat dan terma mereka?

Bodoh sangat kah perunding kita? Atau mereka ada sesuatu untuk dirundingkan?

Jumlah penyelesaian juga tidak sepatutnya ada terlalu banyak diskaun atau potongan.

Maka, ini semua mendatangkan curiga dan wasyangka.

Ada gossip gossip gatal menyatakan penyelesaian ada rundingan habuan yang diletakan di akaun diluar negara .

Namun, Ia masih sekadar gossip liar sahaja.

Apa yang menarik adalah hal terkini , pihak Muhyiddin dikatakan perguna seorang bloggers yang berpengkalan di England untuk mempertahan bagi pihak nya.

Sudah beberapa kali Raja Petra menyerang Tengku Zafrul bagi mengalihkan Muhyiddin dan Rosli Dahlan dari menjadi tumpuan isu dan skndal besar ini.

Tengku Zafrul pula masih belum menjawap lagi berkenaan dakwaan Raja Petra.

Apapun, sangat menarik apabila melihat isu yang direka untuk menjatuhkan Najib Razak akhirnya menjadi beban dan masalah kepada Muhyiddin dan peguam nya serta bekas Menterinya Tengku Zafrul.

Anwar Ibrahim dikatakan amat peka dengan hal wang pulangan 1MDB ini dan berusaha membentuk kes dan SPRM sudah mula  langkah menuntut dan mahukan dokumen yang disimpan di pejabat Peguam peribadi Muhyiddin.

Bak kata orang jika tiada salah , kenapa berkeras pertahankan dokumen itu.

Bukan kah Najib yang dikatakan mencuri tetapi kenapa pihak lain pula yang kalam kabut?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker