Terlalu penat, Wawa Zainal muntah darah di Mekah

Oleh – Syeikh Baran


Terlalu penat, Wawa Zainal muntah darah di Mekah
Pelakon Wawa Zainal

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mengalami muntah darah yang berkemungkinan berpunca keletihan ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, masalah kesihatan tersebut dihadapi selepas mengalami panas dalam namun bersyukur masih mampu mengerjakan ibadah yang turut ditemani suaminya, Aeril Zafrel.

“Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, jadi boleh umrah bersama kumpulan. Alhamdulillah di permudahkan,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Menerusi hantaran berbeza, bintang filem 99 Kali Rindu itu turut memuat naik foto keputusan ujian kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B, namun bersyukur semuanya negatif.

“Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang tetapi alhamdulillah keputusannya negatif.

Wawa bersama Aeril dan anak ketiganya, Ayya Soffya berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu bersama kumpulan usahawan yang banyak membantu perniagaan Wawa Cosmetic.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker