SELANGOR DI AMBANG PILIHANRAYA NEGERI?

SOKONGAN TERHADAP PKR MAKIN LUNTUR

Adun Sementa YB Daroyah Alwi bersama 13 kepimpinan PKR Selangor meletakkan jawatan dan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Daroyah merupakan Timbalan Speaker Selangor berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.

“Saya Dorayah Alwi bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Timbalan Wanita PKR Pusat, serta keluar dari parti berkuatkuasa hari ini”



“Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang kepercayaan kepada Presiden juga parti yang alpa tentang idealisme perjuangan serta hala tuju parti”

Desas desus PKR Selangor bakal runtuh bermula sejak Mac lalu apabila Daroyah dan Haniza Talha didesak menyatakan pendirian mereka terhadap parti. Dikaitkan mempunyai hubungan baik politik dengan Azmin Ali, sedikit sebanyak pengaruh Azmin semakin mencengkam dalam PKR walau telah meninggalkan parti itu untuk bersama Tan Sri MuhyiddinYassin membentuk kerajaan selepas Pakatan Harapan tumbang akhir Februari lepas.

Mungkinkah Menteri Besar Selangor akan bertindak balas bagi memulihkan keyakinan ADUN Selangor agar tidak terpengaruh dengan tindakan Daroyah? Jika ada lagi ADUN PH meletakkan jawatan serta keluar parti, MB Selangor hanya ada 2 pilihan samada meletakkan jawatan atau menghadap Sultan bagi memohon pekenan pembubaran Dewan Undangan Selangor bagi memberi laluan Pilihanraya Negeri diadakan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button